Shahrom yang merupakan Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital 
Canselor Tuanku Muhkriz berkata, percanggahan itu ialah wujudnya tiga elemen seperti yang diberitahu oleh pakar tersebut semasa memberi keterangan.

"Tiga elemen yang dibangkitkan itu ialah sama ada mangsa keluar sendiri dari kenderaan, ditarik orang dan dihimpit oleh benda keras. Dalam keterangan yang diberikan, pakar itu turut mengatakan" tidak pasti" (punca kematian dan ia dilihat keliru).

"Sepatutnya tidak boleh wujud percanggahan dan pendapat berbeza dari pakar yang sama," ketika menjawab soalan peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Syazlin Mansor, berkenaan laporan bedah siasat pada prosiding hari ke-29, dihadapan Koroner Rofiah Mohamad sebentar tadi. 

Mengulas lanjut, Shahrom dalam keterangannya turut memberitahu hipotesis iaitu Muhammad Adib meninggal dunia akibat dilanggar pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) juga adalah tidak betul. 

Hal tersebut kerana kecederaan yang dialami oleh Muhammad Adib adalah disifatkan sebagai kecederaan berganda termasuk patah pada tulang rusuk. - K! ONLINE