Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr. Ahmad Hafizam Hasmi dalam rumusannya berkata, teori Prof. Dr. Shahrom tidak berpadanan dengan corak dan kecederaan dialami mangsa.

Menurut Dr. Ahmad Hafizam, beliau dan Ketua Jabatan Forensik HKL, Datuk Dr. Ahmad Shah Mahmood merupakan individu yang melakukan pemeriksaan klinikal dan bedah siasat terhadap Muhammad Adib.

"Teori yang dikemukakan Prof. Dr. Shahrom hanyalah memilih kecederaan tertentu pada lengan atas dan kanan," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Faten Hadni Khairuddin pada hari ke-33 inkues dihadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Tambahnya, teori Prof. Dr. Shahrom yang dikemukakan juga tidak bersesuaian dengan situasi dan keadaan pada malam kejadian.

"Selain itu, teori berkenaan juga  tidak berpadanan dengan tempoh masa cepat dan bagaimana mangsa mendapat kecederaan semasa kejadian itu," ujarnya.

Prosiding inkues bersambung esok dengan van EMRS dibawa ke mahkamah bagi tujuan eksperimen. - K ONLINE!