Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, mangsa telah meletakkan kereta jenis Perodua Axia di bahu jalan berhampiran sebuah stesen minyak di kawasan terbabit.

Difahamkan, orang ramai yang melalui jalan berkenaan berasa curiga selepas melihat mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta tersebut.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.12 pagi dari orang awam.

“Seramai tujuh anggota bomba dari Balai bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota mendapati terdapat seorang lelaki dewasa berada dalam Perodua Axia dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, ketika anggota bertungkus lumus mengumpil pintu kereta berkenaan, mangsa secara tiba-tiba sedar dan membuka sendiri pintu keretanya.

“Mangsa didapati berada dalam keadaan mabuk dan kita telah menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. - K! ONLINE