Kumpulan pertama pelarian terdiri daripada wanita & kanak-kanak tiba di Terminal Penumpang Kuala Kedah di sini dengan Kapal Maritim Sugut milik Maritim Malaysia (APMM) kira-kira pukul 6.55 petang tadi.

Sementara pelarian lelaki tiba di terminal tersebut menggunakan bot kayu kira-kira setengah jam kemudian.

Kesemua pelarian berusia antara empat hingga 46 tahun.

Pengarah imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, semua urusan dokumentasi akan dilakukan pada hari ini juga sebelum kesemua pelarian itu dibawa ke depot tahanan.

"Setiap pelarian akan menjalani pemeriksaan kesihatan di pejabat JIM," katanya ketika ditemui di Terminal Penumpang Kuala Kedah di sini hari ini.

Turut berada di lokasi ialah Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd. Said. - K! ONLINE