Kumpulan itu tiba di sempadan pekan Tijuana, sempadan Mexico yang merupakan sebahagian daripada 1,000 orang yang telah keluar dari sempadan selatan Mexico pada 25 Mac lalu.

“Kami masih memerlukan untuk memohon suaka dan kami berharap kerajaan AS akan membuka pintu untuk kami” kata 
Reyna Isabel Rodriguez, 52, yang telah keluar dari El Salvador bersama dua cucunya.

Washington mengancam untuk menahan imigran berkenaan jika mereka cuba menyelinap masuk dari sempadan.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri telah mengeluarkan satu amaran pada Rabu lalu untuk menahan imigran selepas seramai 120 orang tiba termasuk 50 kanak-kanak di bawah umur.

Terdahulu, Kerajaan AS mengumumkan penamatan status sementara’ (TPS) yang diberikan kepada warga El Salvador. Status khas itu diberikan pada tahun 2001 selepas negara Amerika Tengah itu dilanda dua gempa bumi besar. - AFP