Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain di seluruh negara  mencatatkan bacaan sederhana kecuali di Kangar, Perlis; di Langkawi dan Alor Setar, Kedah dan di Tawau, Sabah yang mencatatkan IPU baik.  

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU di seluruh negara boleh merujuk laman web http://apims.doe.myuntuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam. - Bernama