Menurut jabatan itu,  tiada artikel saintifik di dalam dan luar negara berkaitan laporan terdapatnya sel kanser pada isi ikan tilapia.

"Tiada juga laporan saintifik yang mengaitkan isu penggunaan makanan ikan yang dicampur hormon dan agen penggalak tumbesaran diamalkan dalam industri ternakan ikan di Malaysia," menurut kenyataan jabatan berkenaan.

Kenyataan itu menyebut Jabatan Perikanan Malaysia di bawah Program Agriculture Residue Monitoring (ARMP) telah menjalankan program pemantauan kualiti ikan di peringkat ladang bagi memastikan ikan dan hasilan ikan bebas daripada kesan pencemaran dan selamat untuk dimakan.

Kebanyakan pengusaha ternakan ikan tilapia pada masa ini menggunakan strain tilapia yang ditambah baik melalui pembiakbakaan, kacukan dan hibrid untuk meningkatkan kadar tumbesaran.

"Maka penggunaan hormon dan agen penggalak tumbesaran tidak perlu dan membazir serta akan meningkatkan kos operasi," kata kenyataan itu. - Bernama