Katanya, terdapat juga pihak yang mahu menghapusan pinjaman PTPTN demi memancing pengundi yang kononnya mampu mempraktiskan pendidikan percuma sedangkan ia adalah sesuatu yang mustahil.

"Dengan adanya PTPTN yang memberi pinjaman, kira-kira 200,000 lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia dapat belajar di institudi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam dan di luar negara", katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  (APC) Pejabat Pendidikan Besut di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 285 petugas Jabatan Pendidikan daerah Besut menerima anugerah berkenaan.

Dalam pada itu, Idris yang juga penyandang Ahli Parlimen Besut berkata, hakikatnya ramai yang tidak mengetahui bahawa kerajaan telah membiayai kira-kira 90 peratus daripada kos pembelajaran bagi mereka yang memasuki IPTA, manakala yang selebihnya tanggungan sendiri menerusi PTPTN.

Tambah beliau, PTPTN perlu diteruskan bagi membolehkan mereka yang berkelayakan memasuki universiti tanpa menghadapai masalah kewangan.

"PTPTN bukan setakat memberi pinjaman, malah turut mengeluarkan banyak kebajikan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M-i) kepada pelbagai pihak termasuk mereka yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (APC)," katanya.

Tambah beliau, sepanjang tahun ini, PTPTN telah meluluskan sebanyak RM1.944 juta kepada seramai 1,944 pendidik yang memperolehi APC dengan setiap seorang memperolehi  RM1,000 dalam bentuk SSPN1M-i. - Bernama