Hakim Ainul Shahrin Mohamed membuat keputusan itu terhadap tertuduh, [email protected] Dusin, 53, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 19 Januari tahun lalu, antara pukul 2 petang hingga 8.30 malam sebagai pemilik seekor anjing kampung jantan berwarna hitam telah membenarkan kesakitan dan penderitaan yang tidak perlu kepada haiwan itu.

Perbuatan itu dilakukan di kediaman tertuduh di  No.182, Lorong Layang 2, Taman Pantai Lok Kawi, Sabindo Kinarut di Papar dekat sini.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 18 (1) (e) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 dengan membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tempoh tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Dr. Zul Bahar Abdul Rashid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang juga ibu tunggal merayu untuk tidak dipenjarakan kerana perlu menjaga anaknya dan tidak mempunyai wang untuk membayar denda.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dipenjara selama sehari dan denda RM7,000 tetapi sekiranya gagal dia berdepan hukuman penjara selama tujuh hari.

Mahkamah turut memerintahkan hak tertuduh sebagai pemilik anjing dilucutkan dan haiwan berkenaan ditempatkan di Society for The Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) sehingga diangkat milik. - K! ONLINE