Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihaknya turut menahan isteri suspek berusia lingkungan 30-an yang disyaki terlibat sama dalam dua kejadian tersebut.

"Mereka ditahan selepas diserahkan sendiri oleh ibu kepada suspek utama itu kepada pihak polis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada pukul 1.30 petang tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, hasil soal siasat awal yang dijalankan, suspek utama mengaku terlibat dalam kedua-dua kes samun tersebut.

"Wanita itu pula disyaki berada di dalam kereta ketika suaminya dan seorang lagi suspek yang masih bebas melakukan samun," ujarnya.

Menurut Mior Farid, hasil ujian air kencing mendapati pasangan suami isteri terbabit positif dadah jenis syabu. - K! ONLINE