Dalam entri Facebooknya tiga jam lalu, Siti Noorfadila menyatakan bibir, mulut dan leher anaknya itu bernanah selepas digigit semut ketika dijumpai dalam belukar dalam kejadian culik di rumah neneknya di Kampung Parit Lunjut, Sungai Terap, Bukit Pasir dekat Muar, Johor semalam.

"Alhamdullilah perlaku tak pukul aisya dari xray yang dibuat .tapi aisya jadi spt ini kesan adari gigitan semut,nyamuk dan binatang2 kecil.. Gambar 1st keadaan aisya skrg bibir dan sekitar mulut bernanah,mata keluar nanah,sekitar leher bernanah.. Alhamdullilah dia kembali kpd saya dalam keadaan bernyawa walaupun begini rupa..saya sangat beryukur..," tulis ibu kepada Nur Aisyah hari ini.

Dalam kejadian semalam polis berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang dilapor dilarikan dari rumah neneknya di Kampung Parit Lunjut ketika ibunya bangun bersahur.

Kanak-kanak itu dijumpai dalam dalam belukar lebih kurang satu kilometer dari rumah nenek mangsa susulan penahanan seorang lelaki warga Nepal. - K! ONLINE