Menerusi kemas kini Instagram, Linda melahirkan rasa sedih di atas pemergian ibunya tercinta.

“Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

“Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis Linda di Instagram Story.

Berita pemergian itu turut dikongsi adiknya, Diana Rafar yang memaklumkan ibunya sudah dijemput Ilahi.

“Assalamualaikum, baru sekejap tadi mak Diana sudah meninggal dunia.

“Tolong doakan mak, Rasimah Abd Rahman,” katanya di Instagram Story sekitar pukul 9.44 malam tadi.

Terdahulu, tangan kiri Rasimah terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah pada 12 Disember lalu. - K! ONLINE