Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran.

Husam yang dipilih oleh kerajaan Persekutuan sepatutnya mengangkat sumpah minggu lepas tetapi ditunda kerana menunaikan haji.

Isnin lepas, seramai 12 orang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara antaranya Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR, Ismail Yusop, Anggota Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh, Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying dan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau PKR, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff.

Sementara itu, Vigneswaran turut berpesan kepada senator baharu yang dilantik agar melaksanakan proses demokrasi berlandaskan sifat keperibadian tinggi dengan pemikiran terbuka serta rasional. - Bernama