Menegaskan bahawa hukuman sebat mengikut syariah hanya bertujuan mendidik masyarakat tanpa mencederakan pesalah, beliau berkata ia tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan dan dianggap negatif.

"Saya tidak pasti sama ada pihak yang tidak bersetuju dengan perkara ini tahu atau tidak bagaimana hukuman sebat itu dijalankan. Sepatutnya mereka mendapatkan maklumat yang tepat, baca dengan mata hati kaedah hukuman sebat dijalankan kerana realitinya ia tidak teruk seperti digambarkan.

"Malah saya sendiri berbual dengan mereka yang hadir dan menyaksikan sendiri hukuman sebat itu di depan mata dan mereka katakan ia lebih ringan berbanding hukuman sebat di sekolah. Jangan samakan sebat syariah dengan sebat sivil kerana ia jauh berbeza beratus kali beza dengan sebatan mahkamah sivil," katanya mengulas kritikan beberapa pihak berhubung hukuman itu.

Pada 3 September lepas, pasangan lesbian berumur 22 dan 32 tahun itu dihukum sebat enam kali selepas didapati bersalah kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu, selain didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda. - Bernama