Antaranya ialah Kampung Tebobon dan Gudon, Sepanggar; Jalan Lido dan Lintas, Kota Kinabalu serta Jalan Bundusan di Penampang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, sejak petang tadi anggota bomba sudah bersiap siaga memantau keadaan banjir di lokasi terjejas.

"Setakat ini, belum ada pusat pemindahan dibuka tetapi kemungkinan terdapat mangsa akan dipindahkan sekiranya air naik," katanya hari ini.

Selain banjir kilat, hujan lebat turut menyebabkan kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh khususnya di Kampung Melalia, Sipitang.