Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata, antara kawasan terlibat ialah Bandar Manjalara, Bukit Kerinchi dan Pantai Dalam.

Hujan lebat kira-kira pukul 4 petang tadi menyebabkan beberapa kenderaan dihempap pokok.

"Antaranya di Jalan 1/2B berhampiran kawasan perumahan Villa Manja Bandar Manjalara yang mana sebatang pokok menghempap kenderaan jenis Hyundai Veloster dipandu seorang lelaki. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

"Selain itu, angin kencang juga menyebabkan bumbung bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, Kampung Kerinchi di sini diterbangkan angin," katanya. - Bernama