Kawasan yang dijangka terbabit ialah Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah di Kelantan, Kuantan, Rompin dan Pekan di Pahang.

Kenyataan Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) dalam laman webnya turut menjangkakan keadaan itu juga akan berlaku di Terengganu dan Mersing, Johor.

Dijangkakan angin kencang timur laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter akan berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka sehingga Rabu ini.

Sementara itu, ribut petir di perairan Perak dan Sarawak dijangka berterusan sehingga pagi ini. - K! ONLINE