Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan turut diramal turun di beberapa tempat  pada sebelah petang dan malam 15 dan 16 Jun ini. 

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah dan Bintulu, serta di Sabah iaitu Kudat dan Sandakan, menurut kenyataan yang dipaparkan menerusi laman sesawang jabatan itu hari ini.

Cuaca di tempat-tempat lain dijangka baik.

Kenyataan itu menyebut, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta beberapa bahagian di Bintulu, Kapit dan Miri di Sarawak dan bahagian Sandakan dan Kudat di Sabah dijangka mengalami hujan pada sebelah malam. - Bernama