Farid, 37 memuat naik sekeping foto mereka sekeluarga sambil menyatakan keteguhan hubungan mereka meskipun dilanda kontroversi sejak awal tahun ini.

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

“Kami X ramai tapi kami ada X,” tulisnya pada gambar tersebut.

Menerima banyak komen positif daripada peminat, Diana turut meninggalkan komen pada status tersebut yang menyatakan kesyukuran kerana Allah sering melindungi keluarga mereka.

Dalam masa sama, aktres yang sedang sibuk menjalani penggambaran filem Gol Dan Gincu 2 itu sempat meluahkan rasa rindu kepada suami menerusi kemas kini di Insta Story.

“Saya rindukan awak, Farid,” tulisnya pada kemas kini tersebut.

Pada 18 Januari lalu, Farid telah membuat laporan polis bagi meminta keizinan memasuki rumah kelamin bersama Diana bagi mengambil beberapa barangan peribadi miliknya.

Hal itu menimbulkan spekulasi tentang keretakan hubungan mereka berdua namun tiada sebarang komen yang dibuat oleh pasangan ini.

Farid kini sedang menunggu tarikh perbicaraan empat kesnya yang ditetapkan pada 5 Mac ini. - K! ONLINE