Pembaharuan model ini berbanding dua edisi Nova terdahulu adalah ia mempunyai dua kamera belakang dan    dan flash tone yang mencantikkan gambar apabila mode selfie.

Timbalan Pengarah Serantau Huawei Malaysia, Matthew Ng berkata, telefon ini menyokong tiga kad sim dan mempunyai paparan skrin 5.99 inci sokongan penuh definisi tinggi yang mampu memberi paparan sebesar 1440×720 piksel.

"Nova 2 lite menggunakan memori 3GB RAM serta memori dalaman sebesar 64GB," ujar beliau ketika pelancaran Glenmarie di sini hari ini.

Matthew menambah, Nova 2 lite didatangkan dengan dua warna iaitu hitam dan biru serta mempunyai pengesan cap jari.

"Baterinya berkapasiti 3000mAh dengan sokongan pengecasan pantas membolehkan video boleh ditonton selama 13 jam atau mendengar muzik selama 58 jam," ujarnya.

Menariknya telefon ini , Matthew menambah, ia boleh dibuat dia skrin dalam satu masa untuk membolehkan anda menonton dan membaca dalam satu masa.

Huawei Nova 2 lite berharga RM799 boleh didapati dipasaran bermula 24 Mac ini.

Maklumat lanjut boleh layari http://consumer.huawei.com. - K! ONLINE