Sistem operasi Android ciptaan Goo­gle memacu kebanyakan telefon pintar yang ada di dunia.

Ketika perang perdagangan dengan Beijing belum reda, Presiden Donald Trump melarang firma AS daripada terlibat dalam perdagangan telekomunikasi dengan syarikat asing yang dianggap mengancam keselamatan negara terma­suk larangan perkongsian teknologi.

“Kami mematuhi arahan ini dan sedang menilai semula implikasinya,” kata seorang jurucakap Google kepada agensi berita AFP.

Susulan perkembangan tersebut, Google terpaksa membatalkan aktiviti perniagaannya dengan Huawei termasuk pemindahan perkakasan, perisian dan perkhidmatan teknologi.

Huawei juga tidak lagi memiliki akses kepada aplikasi dan perkhidmatan milik Google seperti Gmail.

Syarikat China itu merupakan peneraju dalam teknologi 5G tetapi masih bergantung kepada pembekal luar.

Huawei membeli komponen-komponen bernilai kira-kira AS$67 bilion (RM279.8 bilion) pada setiap tahun termasuk sekitar AS$11 bilion (RM45.9 bilion) daripada pembekal AS, demikian  menurut akhbar Nikkei Business Daily. – AFP