Sebaliknya, ia memberikan lesen sementara yang akan membolehkan Huawei terus menjalankan perniagaan bersama firma AS.

"Lesen am sementara itu bagi memberi masa kepada pengendali untuk membuat pengaturan lain dan (memberi) ruang kepada jabatan untuk menentukan langkah-langkah jangka panjang yang sesuai untuk AS dan penyedia telekomunikasi asing yang kini bergantung pada peralatan Huawei untuk perkhidmatan kritikal," kata Setiausaha Perdagangan, Wilbur Ross.

“Lesen ini akan membolehkan operasi berterusan untuk pengguna telefon pintar Huawei sedia ada dan rangkaian jalur lebar luar bandar,” katanya.

Pentadbiran Trump baru-baru ini secara rasminya menyenarai hitam Huawei, sekali gus akan menyukarkan lagi gergasi telekomunikasi itu untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat AS.