Pengarah HTAR, Dr. Mohamad Sabri Othman berkata, hasil siasatan mendapati bekalan darah O negatif pada ketika ini adalah mencukupi. 

Katannya, pihaknya turut telah membekalkan keperluan bekalan darah yang mencukupi kepada pesakit tersebut. 

"Darah jenis O negatif adalah dikategorikan sebagai kumpulan darah yang jarang dijumpai (rare). 

"Sehubungan itu, semua tabung darah tidak menyimpan stok yang banyak pada satu-satu masa. Bagaimanapun, stok sedia ada adalah mencukupi untuk kegunaan semasa kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi. 

Jelas beliau, HTAR juga mempunyai senarai penderma darah tersebut untuk dipanggil pada bila-bila masa terutama pada waktu kecemasan. 

Justeru, Mohammad Sabri menegaskan pihaknya memandang serius isu tersebut dan menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu seterusnya menyebarkannya kepada orang lain. - K!ONLINE