Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan negara tiada dana untuk membayar pampasan yang besar kepada Singapura sekiranya projek berkenaan dibatalkan.

Bagaimanapun, penangguhan projek itu boleh dilakukan buat masa ini.

“Kita tidak boleh katakan tidak mengenai pampasan berkaitan HSR, tetapi pada masa ini kerajaan tidak ada dana. Jadi, kita perlu tangguh perlaksanaanya terlebih dahulu,” katanya pada pemberita di lobi Parlimen di sini tadi.

Sebelum ini, Singapura menerusi Menteri Pengangkutannya, Khaw Boon menyatakan negara republik itu masih menunggu jawapan balas rasmi daripada Malaysia berhubung projek HSR. - K! ONLINE