Pada 16 Mei lalu, Hsien Loong mengumumkan di Parlimen, beliau akan melawat Malaysia untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan baharunya, Mahathir.

Mahathir, pemimpin Pakatan Harapan, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada 10 Mei selepas gabungan itu memenangi pilihan umum yang baru selesai, dengan itu menjadi perdana menteri pertama paling tua di dunia.

Semasa menyampaikan perbahasan ucapan presiden, Hsien Loong berkata, beliau berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia demi faedah bersama. - K! ONLINE