Beliau berkata, hospital yang mula dibina pada 2013 melibatkan kos kira-kira RM848 juta itu merupakan projek pembangunan yang sedang dijalankan bagi menaik taraf HKL.

"Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang baharu ini adalah bukti komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) menjaga kesejahteraan rakyat dengan memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada golongan ibu dan kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra ke Wad Bersalin HKL dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, HKL tersebut hari ini.

Perdana Menteri telah meluangkan masa selama satu jam melawat pesakit di Wad Bersalin dan melihat kemudahan yang disediakan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak tersebut. - Bernama