Wanita itu, yang dikenali sebagai Kim Lee Lee, 63, meninggal dunia pada 21 Jan akibat jangkitan kuman dalam badan atau 'Septic Shock Secondary To Pneumonia'.


Pengarah HPP Datuk Dr Norsidah Ismail berkata wanita itu memegang kad pengenalan bernombor 540112-07-5072 dan alamat terakhirnya adalah di 33, Jalan Irving, 10400, George Town di sini.


"Waris  mangsa boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Awam HPP di talian 04-2225947/5116 bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan tuntutan mayat," katanya dalam kenyatan hari ini. - Bernama