Beliau berkata, kadar penggunaan katil harian hospital itu tinggi sehingga mencapai 150 peratus sehari merupakan antara punca utama kesesakan itu.

Menurutnya, perkara yang telah berlanjutan sejak beberapa tahun lalu itu disebabkan oleh kemasukan pesakit yang tinggi sehingga bukan sahaja memberi kesan pada wad-wad hospital tersebut malah di Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan. 

Katanya, kadar kemasukan tinggi itu telah memaksa pihak hospital menerima kemasukan pesakit walaupun melebihi kapasiti hospital berkenaan. 

Dzulkefly berkata, beliau telah mengarahkan hospital itu untuk mengoptimakan penggunaan ruang sedia ada di samping memohon penambahan jumlah katil. - Bernama