Pasukan ranking terendah kejohanan itu meraikan kejayaan tersebut selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Austria di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Dua gol Itali dijaringkan Francois Sior dan Thomas Keenan, manakala jaringan tunggal Austria diperoleh menerusi Patrick Schmidt.

Ia merupakan satu lagi kejutan daripada Itali, No. 32 dunia, ke atas pasukan-pasukan yang menduduki ranking dunia lebih tinggi daripada mereka sepanjang kejohanan itu.

Sebagai rekod, Itali yang langsung tidak diberikan perhatian, berjaya mara ke pentas separuh akhir sebagai juara Kumpulan B selepas menang 2-1 ke atas pasukan No. 14 dunia, China, 3-0 dengan Brazil (No. 27 dunia) dan 4-2 terhadap Malaysia (No. 13 dunia).

Hasrat itali ke final tidak kesampaian apabila kecundang 1-3 kepada pasukan ranking paling tinggi kejohanan iaitu Kanada (No. 10 dunia) di separuh akhir semalam.

Kekecewaan itu terubat dengan satu lagi kemenangan ke atas pasukan ranking lebih tinggi, Austria (No. 19 dunia) pada penentuan tempat ketiga dan keempat sebentar tadi. - K! ONLINE