Berucap mewakili Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada himpunan itu, beliau berkata, umat Islam berkumpul tanpa mengira perbezaan politik mahupun pandangan bagi menolak resolusi Amerika Syarikat memindahkan ibu negara Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

"Hari ini kita berkumpul tanpa mengira siapa kita, kita berkumpul di atas asas rakyat Malaysia dan umat Islam untuk menyatakan kepada Amerika Syarikat dan Israel bahawa Malaysia bersama-sama dengan saudara kita di Palestin untuk membebaskan Baitulmuqaddis suatu  hari nanti.

"Hari ini kita berkumpul di masjid ini, satu hari nanti, Insya-Allah, kita semua akan berkumpul di Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat," kata Muhammad Khalil.

Himpunan itu yang disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dihadiri oleh kira-kira 10,000 umat Islam dan rakyat Malaysia bukan Islam. - Bernama