Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, prasekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Seremban 2A dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Awfa, Seremban 2 manakala dua  tadika terlibat ialah Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kampung Sendayan dan Tadika Perpaduan Taman Bukit Kepayang, kesemuanya terletak di Seremban.

"Hingga hari ini (6 Ogos) jumlah kes yang dilaporkan adalah 1,868 kes berbanding hanya 594 pada tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 214 peratus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, sebanyak lima taska, tadika dan prasekolah yang ditutup di seluruh negeri.

Beliau berkata, taburan kes HFMD mengikut daerah sepanjang 2018 ialah 1,299 kes dilaporkan di Seremban, Jempol (140 kes), Port Dickson (122 kes), Kuala Pilah (101 kes), Rembau (95 kes), Jelebu (58 kes) dan 53 kes di Tampin.

Katanya, jumlah kes yang didaftarkan pada minggu ke-32 tahun ini adalah tiga dan kesemuanya di Jelebu. - Bernama