Menteri Kesihatan, Dr. Zulkefly Ahmad berkata, jumlah wabak HFMD yang dilaporkan pula ialah 1,093 dengan 539 premis iaitu 241 taska, 259 tadika dan 39 sekolah, ditutup di seluruh negara.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes HFMD tertinggi iaitu sebanyak 11, 349 kes diikuti Kuala Lumpur (4,428) dan Sarawak (4,412).

"Kita menyeru semua pihak termasuk ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan dengan menerapkan amalan kebersihan di kawasan rumah dan sekolah," katanya yang ditemui selepas menghadiri program gotong-royong perangi aedes di Residensi Warnasari, Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.

HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (E71) yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya. - Bernama