Ketua Skuad, Pusat Kawalan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Besar, Norhafizah Mohammad Rejab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang semalam.

"APM bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan lima anggota lelaki dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kambing berwarna hitam dan coklat itu menggunakan tali yang diikat padanya.

"Anak kambing itu ternyata kesejukan, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Norhafizah berkata, berdasarkan keterangan jiran pemilik kambing itu yang dikenali Pak Rosli, anak kambing yang dipanggil dengan nama Comel itu bermain bersama anak kambing lain sebelum melompat dan terjatuh di dalam perigi itu.

"Pemiliknya yang memiliki kira-kira 20 ekor kambing jenis kampung tiada di rumah semasa kejadian," katanya.

Perigi itu milik Pak Rosli. - K! ONLINE