Pendedahan itu menyebabkan datuk bandar menyifatkan ia merupakan satu malapetaka dalam sejarah di rantau berkenaan.

Bandar yang cuma dihuni 8,000 penduduk iaitu terletak di luar Perpignan bertindak membuka semula Muzium Etienne Terrus sebagai menghargai hasil karya artis tempatan, Etienne Terrus yang dilahirkan pada tahun 1857 dan kemudian meninggal dunia pada 1922.

“Hasil penyelidikan seorang ahli sejarah seni yang dibawa masuk ke muzium untuk mengambil alih 80 lukisan mendapati bahawa hampir 60 peratus koleksi itu adalah palsu.

“Terrus merupakan seorang pelukis hebat. Beliau merupakan sebahagian penduduk dan pelukis kami. Selepas mendapati kebanyakan koleksi di muzium berkenaan adalah palsu, ia sesuatu yang tidak baik. Ia merupakan satu malapetaka dalam perbandaran ini,” kata Datuk Bandar Elne, Yves Barniol. - AFP