Perkara tersebut diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd. Aseral Jusman menerusi siaran radio dan televisyen tempatan sebentar tadi.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1439 Hijrah ialah pada 13 Ogos 2018.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (Aidiladha) 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 22 Ogos 2018," katanya. - K! ONLINE