Menerusi satu kenyataan media, filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold itu turut melakar sejarah apabila memperoleh kutipan RM650 ribu pada hari pembukaan (8 Ogos).

Dibintangi oleh Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, dan Jue Aziz, filem Hantu Kak Limah boleh ditonton di 133 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Selain itu, penampilan istimewa primadona filem Melayu, Erra Fazira dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida.

Filem tersebut turut ditayangkan di Singapura bermula 16 Ogos depan. - K! ONLINE