Ali berkata, bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, Ahad, 13 Mei ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan. 

"Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan," menurut kenyataan di sini hari ini.

Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing. - Bernama