Dalam titah perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan menerusi saluran TV1, malam ini, Seri Paduka juga bertitah mengingatkan rakyat Malaysia menghargai keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini.

Seri Paduka juga menyeru seluruh rakyat agar menanam semangat perpaduan yang utuh dan menghindari dari sebarang perkara yang boleh menggugat kemakmuran negara ini. 

"Sesuai dengan rakyat di negara ini yang berbilang bangsa dan agama, kedatangan Hari Raya Aidilfitri wajar disambut dengan penuh kegembiraan oleh sekalian rakyat Malaysia.

"Pada hemat Beta, budaya meraikan hari kebesaran agama dan amalan kunjung mengunjungi boleh menjadi jambatan perpaduan yang utuh kepada kita rakyat Malaysia," titah Seri Paduka. - Bernama