Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 juga kekal pada kadar RM2.49 seliter untuk tempoh sama.

Menurutnya, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya adalah sebanyak RM2.19 dan RM2.21 seliter.

"Tiada perubahan bagi harga runcit produk petrol RON95 manakala terdapat penurunan bagi harga diesel yang berada pada paras RM2.28 pada minggu lepas.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh berkenaan adalah berjumlah RM47.10 juta.

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM42.37 juta subsidi diperuntukkan untuk produk RON95 manakala subsidi bagi diesel adalah RM4.73 juta," katanya. - K! ONLINE