Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal seperti minggu lepas iaitu pada kadar RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Tanpa subsidi kerajaan, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan masing-masing sepatutnya RM2.38 seliter dan RM2.39 seliter.

"Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," kata kenyataan itu. - Bernama