Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 pula turun sebanyak satu sen iaitu daripada RM2.81 kepada RM2.80 seliter untuk tempoh sama. 

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 bagi tempoh 4 Mei hingga 10 Mei depan sepatutnya RM2.50.

"Harga diesel bagi tempoh berkenaan pula sepatutnya RM2.47 seliter," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu memberitahu, bagaimanapun, harga runcit kedua-dua produk petroleum berkenaan dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi tempoh tersebut.

"Ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," ujarnya.

Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, tanggungan subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 4 Mei sehingga 10 Mei adalah berjumlah RM130.45 juta. - K! ONLINE