Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 pula turun sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.80 kepada RM2.70 seliter untuk tempoh sama.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh hari ini hingga 17 Mei depan sepatutnya masing-masing adalah RM2.40 dan RM2.45 seliter.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh berkenaan adalah berjumlah RM103.76 juta.

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM77.44 juta subsidi diperuntukkan untuk produk RON95 manakala subsidi bagi diesel adalah RM26.32 juta. - K! ONLINE