Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 pula naik sebanyak 11 sen iaitu daripada RM2.38 kepada RM2.49 seliter untuk tempoh sama.

Menurutnya, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya adalah sebanyak RM2.19 dan RM2.28 seliter masing-masing.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh berkenaan adalah berjumlah RM75.16 juta.

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM54.52 juta subsidi diperuntukkan untuk produk RON95 manakala subsidi bagi diesel adalah RM20.64 juta," katanya. - K! ONLINE