Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Turus Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menggantikan Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Seremban baru-baru ini.

"Saya berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberi pucuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menggalas amanah sebagai Ketua Polis Daerah Kemaman.

"Misi dan visi Polis Kontijen Terengganu untuk mengurangkan kadar indeks jenayah dan memerangi dadah menjadi keutamaan saya kini," katanya selepas majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Kemaman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini hari ini.

Majlis serah tugas antara Hanyan dan pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah disaksikan Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.

Hanyan yang menyertai PDRM sejak tahun 1993 pernah berkhidmat di IPD Daerah Kuching, IPD Dang Wangi, IPD Sentul, IPK Selangor, IPD Segamat, IPD Sepang, IPD Alor Setar dan IPD Melaka Tengah. - K! ONLINE