Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Hanif Omar berkata, penyusutan jumlah tersebut adalah hasil siasatan yang dilakukan oleh Biro Integriti MPM yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd. Zaman Khan.

Katanya, kebanyakkan TRM tersebut telah digunakan dalam urusan pengambilan tanah untuk membuat jalan raya contohnya, namun tiada penggantian semula dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.

"Sekiranya, ada penggantian sekalipun berlaku kesepakatan (berunsur keuntungan) antara pegawai terlibat dan tuan tanah yang tidak mahu tanah itu dijadikan sebagai TRM.

"Ini berikutan tanah itu tidak boleh dijual kepada kaum lain. Kalau jual kepada kaum Melayu pula akan murah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi panel konvensyen karamah bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Turut menjadi panel adalah pengamal undang-undang, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub. Moderator konvensyen Penyandang Kerusi Institusi Raja-Raja Melayu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling.

Sehubungan itu, Hanif yang merupakan bekas Ketua Polis Negara memberitahu MPM akan mengaturkan pertemuan dengan Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan perkara tersebut. - K! ONLINE