"Dulu kita ingat pada suatu masa dahulu, ada TMJ (Tunku Mahkota Johor) yang telah ditukar, dululah, bagi kepada adik TMJ itu.

"Jadi TMJ boleh ditukar, Perdana Menteri cuma rakyat sahaja yang boleh tukar," katanya pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia selepas mengakhiri  lawatan kerja lima hari di China bagi menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian  ketika menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam rakaman klip video yang tular di media sosial baru-baru ini yang didakwa berkata, lebih baik menukar perdana menteri daripada menukar jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bejamin Mora.

Pemimpin berusia 94 tahun itu juga berkata: "Kalau dia boleh undi, undilah bagi saya jatuh." - Bernama