Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penyediaan dan penjualan ubat batuk itu juga perlu mematuhi peruntukan undang-undang mengikut Akta Racun 1952.

"Jadi penjualan ubat batuk tersebut hanya dibolehkan untuk tujuan perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian susulan laporan sebuah akhbar pada 24 Februari lepas yang menyentuh penjualan dan penyalahgunaan ubat batuk yang digunakan sebagai satu daripada bahan penyediaan 'chakoroi' iaitu campuran air ketum dan minuman berkarbonat.

Beliau berkata, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi juga telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki menjual ubat batuk, bukan untuk tujuan perubatan di seluruh negara pada 22 Ogos 2017 berdasarkan aduan yang diterima. - Bernama