Perdana Menteri berkata, perjuangan dalam politik bukanlah untuk kepentingan individu semata-mata, sebaliknya ia perlu dilakukan demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

"Jika kita fokus pada nikmat kekayaan, kita akan kalah dan ini terjadi kepada UMNO yang dahulunya berjuang untuk kemerdekaan dan rakyat, sebelum lari daripada perjuangan dan akhirnya ditumbangkan rakyat, " katanya.

Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata demikian ketika berucap merasmikan perhimpunan agung khas parti tersebut di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan pemimpin dan ahli parti supaya mengetepikan kepentingan diri sendiri dan kekal terus memperjuangkan bangsa, agama dan tanah air jika ingin terus menjadi pemimpin dipilih rakyat. - Bernama