Untuk rekod, PRK DUN Penanti pada tahun 2009 mencatatkan peratusan keluar mengundi paling sedkit iaitu hanya 46 peratus.

Sumber SPR berkata, hanya 25,765 orang daripada 51,217 pemilih berdaftar keluar mengundi sebaik sahaja tempoh mengundi ditutup pada pukul 5.30 petang.

"Jumlah keluar mengundi ini amat sedikit tetapi tidak seteruk pada PRK DUN Penanti pada tahun 2009. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan puncanya," katanya secara ringkas kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Sebanyak 19 pusat pengundian dengan 109 saluran bagi PRK Sungai Kandis dibuka mulai 8 pagi tadi.

Sementara itu, setakat pukul 6.45 petang sebuah peti undi yang telah siap dikira dibawa masuk ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 di sini.  - K! ONLINE 

Berikut merupakan rekod peratusan keluar mengundi bagi PRK yang pernah diadakan di negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13:

  • PRK Sungai Besar     - 74 peratus
  • PRK Kuala Kangsar   - 71 peratus
  • PRK Teluk Intan         -  67.4 peratus
  • PRK Sungai Limau     - 85.5 peratus 
  • PRK Tanjong Datu      - 69.2 peratus 
  • PRK Rompin               - 73 peratus