Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Sdn. Bhd. Mohammed Shukor Ismail menggesa pemandu e-hailing supaya tidak menunggu saat akhir untuk berbuat demikian.

"Ini bagi mengelak sebarang kesulitan seperti tidak mendapat kelulusan dalam tempoh yang ditetapkan atau kesesakan pada saat-saat akhir," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, Puspakom telah melanjutkan waktu operasi kepada tujuh hari seminggu di 19 cawangan Puspakom terpilih untuk kemudahan pemandu kenderaan e-hailing.

Mohammed Shukor berkata, mereka juga tidak perlu mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) terlebih dahulu sebelum membawa kenderaan menjalani pemeriksaan Puspakom.

Kerajaan akan mula menguatkuasakan peraturan tertentu bagi perkhidmatan e-hailing di negara ini bermula Julai ini. - Bernama